Traditional knowledge related to medicinal plants of the indigenous people are indeed a useful asset for the community. The knowledge that had been traditionally inherited from their ancestors is an ...integral part of their survival as they live symbiotically with the forests. While many researches and literatures are focusing on documenting and recording these knowledge, not much has been researched in understanding the holistic process of the knowledge management particularly at the indigenous community level. This paper provides an attempt to reveal empirical findings about the management and use of medicinal plants in ailment healing rituals. In order to enable a holistic view of the management of knowledge at the study site, the main question asked was what happened during the four processes of knowledge management namely knowledge generation, knowledge codification, knowledge utilization and knowledge transfer. Using the Batek community of Kuala Koh, Gua Musang, in the state of Kelantan as a case study, ethnographic methods of individual and group interviews, observations and participants observations as well as document analysis, were employed to gather the data from the study site and the grounded theory approach was used for data analysis to enable the emergence of the themes to understand the phenomena at the study site. The study, conducted from 2014-2016, involved prolonged stays with the community. The findings revealed that there was an ‘undocumented means of knowledge generation with potential loss of traditional knowledge’, while there was a non-codified knowledge being practiced in the community and widespread inability of basic reading and writing skills among younger generation. In addition, there was a high level of traditional knowledge utilisation in the community but some procedures such as ritual practices have been simplified while there was a complete absence of documentation of traditional knowledge by members of the community that might weaken knowledge transfer.
Isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah di peringkat antarabangsa merupakan masalah yang sering dikaitankan dengan jenayah berkumpulan yang mempunyai jaringan kerjasama antarabangsa. Malaysia tidak ...terkecuali dari ancaman sindiket dadah, yang semakin berleluasa sejak wujudnya kemudahan internet di merata dunia. Justeru itu, kertas kerja ini mengkaji kenapakah golongan juvenil terdedah dan rencam sebagai mangsa dadah sehingga mereka terjebak sebagai pesalah jenayah juvana dalam usia yang muda. Dengan menggunakan pendekatan teori neoliberalisme bagi panduan untuk menjelaskan dan menganalisis isu penglibatan juvenil dalam pengedaran dadah di Malaysia. Data primer dikumpul melalui analisis dokumen, temu bual, observasi dan perbincangan kumpulan terfokus. Manakala kajian kes pula, satu sesi temu bual telah dilakukan ke atas responden yang merupakan pesalah Juvana terpilih. Dapatan kajian menunjukkan Peranan yang dimainkan oleh sindiket adalah dalam merekrut golongan juvenil sebagai pengedar dan juga untuk mengikat golongan Juvana ini daripada menjauhkan diri daripihak sindiket setelah mereka bebas dari tahanan kelak. Dengan mewujudkan satu dasar yang lebih manjur dan sistematik seperti konsep keselamatan sosial diwujudkan bagi menangani ancaman terhadap juvenil diharap golongan ini dapat menyumbang terhadap pembangunan dan keselamatan negara pada masa hadapan.
Keselamatan dunia kontemporari bukan sahaja menuntut aktor negara memainkan peranan yang sewajarnya tetapi juga aktor bukan negara. Ini kerana usaha menjamin keselamatan negara menjadi tercabar ...apabila aktor bukan negara bertindak di luar batasan dan melanggar norma-norma kehidupan termasuk undang-undang masyarakat sivil. Isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Malaysia merupakan isu nasional. Kerajaan Malaysia menerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pelbagai agensi telah melakukan pelbagai usaha bagi mengatasi masalah ini. Persoalannya adakah hasilnya boleh dibanggakan dalam mengekang ancaman kepada keselamatan komuniti-individu di Malaysia. Justeru, kajian ini menganalisis keterancaman keselamatan individu dan komuniti di Malaysia oleh penyalahgunaan dadah. Berasaskan konsep keselamatan insan kajian ini memanfaatkan hasil analisis dokumen, pemerhatian, perbincangan kumpulan terfokus, dan temu bual berstruktur dengan informan terpilih yang terlibat secara langsung dalam pengurusan masalah dadah dalam institusi dan komuniti dari dalam dan luar negara. Dapatan kajian mendapati wujudnya ancaman ke atas insan dalam individu-komuniti di Malaysia. Walau bagaimanapun, kepelbagaian dapatan kajian juga menunjukkan sebahagian besar program rawatan dan pemulihan yang dijalankan untuk mengekang pengrekrutan penagih adalah kurang berkesan.