Makalah ini mengenal, merumus dan menjelaskan ideologi yang tersirat dalam wacana iklan berbahasa Jepun berasaskan gabungan ciri teks, semiotik dan sifat kewacanaan dalam 24 wacana iklan produk ...kecantikan wanita berbahasa Jepun. Analisis menunjukkan bahawa, walaupun wacana kajian merupakan iklan produk kecantikan buatan Jepun, ditulis dalam bahasa Jepun bagi pasaran domestik Jepun sendiri, namun praktis oksidentalisasi kecantikan begitu terserlah melalui ciri tekstual dan amalan wacana dalam teks iklan yang dikaji. Ideologi kecantikan oksidental merupakan nilai kecantikan yang berkiblatkan konsep dan ciri-ciri kecantikan wanita Oksidental, khususnya Euro-Amerika yang merupakan ‘simbol budaya dunia’ dan ‘kecantikan universal’. Ideologi ini juga berkait rapat dengan ‘stereotaip etnobudaya’ positif dan berprestij, khususnya merujuk kepada bahasa, budaya dan identiti etnik Oksidental. Dengan erti kata lain, walaupun negara Jepun merupakan antara negara paling maju dan kuasa besar ekonomi dunia pada hari ini, di mana produk Jepun diiktiraf sebagai produk yang berkualiti serta boleh menembusi pasaran di seluruh dunia, namun pada hakikatnya masih bergantung, berkiblatkan dan memerlukan intervensi ideologi dari negara Oksidental bagi berkomunikasi dengan masyarakatnya sendiri yang terkenal dengan keunikan dan kehomogenan sifatnya.
Aliran tematik adalah berkenaan cara idea dilanjutkan ayat demi ayat dalam teks. Dengan itu, aliran tematik merupakan unsur penting dalam penghasilan sesebuah penulisan. Kajian penulisan tertumpu ...kepada kajian linguistik, pembelajaran dan pengajaran dan eksperimental benar. Namun, kajian linguistik yang memfokuskan aliran tematik hanya mengkaji pembinaan aliran tematik yang terkandung dalam teks tanpa melibatkan pembolehubah kategori pelajar, manakala kajian penghasilan teks sebagai bahasa asing selain bahasa Inggeris amat terhad dan tidak membincangkan hubungan antara pencapaian bahasa dengan pemanfaatan jenis aliran tematik. Maka, makalah ini membahaskan penguasaan ciri aliran tematik penulisan naratif yang dihasilkan oleh pelajar tahap lanjutan bahasa Sepanyol bukan natif berdasarkan pembolehubah kategori pelajar dan mengenal pasti hubungannya dengan pencapaian bahasa. Kajian ini menganalisis 30 teks naratif yang melibatkan 106 buah perenggan. Pergerakan aliran tematik dalam setiap perenggan dianalisis berpandukan skema aliran tematik, Rema Regresi, Rema Ulangan, Tema Rencam, Box Development dan Pair to Single Development. Hasil kajian memaparkan, ketiga-tiga kategori pelajar mewacanakan penulisan secara dominan menerusi aliran Tema Rencam tanpa peka kepada genre penulisan. Pembolehubah kategori pelajar secara hakikatnya tidak memainkan peranan dan tidak mempengaruhi pembinaan aliran tematik mereka. Tiada hubungan yang signifikan antara aliran tematik dengan pencapaian bahasa diperolehi. Hasil penemuan ini membuktikan aliran tematik berupaya dijadikan sebagai satu teknik yang efektif kepada guru dan pelajar untuk membentuk dan membina sebuah penulisan yang berkesinambungan.
Makalah ini menyiasat sikap dan kefahaman pelajar terhadap dialek Negeri Sembilan. Tujuan makalah ini adalah untuk mengetahui sejauhmana penguasaan dialek di kalangan pelajar menengah rendah di ...Negeri Sembilan. Kawasan kajian tertumpu di daerah Rembau dan Tampin. Cara pengendalian kajian ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertamanya, kosa kata asli dialek Negeri Sembilan dikumpul di daerah Rembau. Keduanya, kumpulan kata-kata ini kemudiannya disaring sebanyak 80 perkataan, dan diuji kepada sejumlah pelajar sekolah di daerah Tampin. Sampel kajian diperoleh secara individu dan berkumpulan. Method yang sama pernah dilakukan oleh Labov dan beberapa pengkaji bahasa lain di Barat (Chambers & Trudgill 1990). Kajian ini menggunakan kaedah menanyakan soalan (naming question) tentang sesuatu; dan soal selidik yang berbentuk pilihan. Hasil kajian ini mendapati bahawa sikap pelajar terhadap penggunaan dialek Negeri Sembilan agak sederhana kerana kurangnya galakan daripada ibu bapa.Bagaimanapun, pelajar memperlihatkan sikap yang positif dari aspek kefahaman dan persepsi terhadap dialek Negeri Sembilan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa semakin tinggi kelas sosial pelajar, semakin rendah pemahaman mereka terhadap dialek Negeri Sembilan. Akhirnya analisis kelas kata mendapati bahawa perubahan sosial telah menyebabkan perkataan yang berkaitan dengan adat, misalnya kodin dan kata kerja peristiwa, misalnya bertating dan bertandak semakin kurang difahami. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini memperlihatkan bahawa telah wujud pola perubahan bahasa dalam kalangan remaja di Negeri Sembilan seiring dengan peningkatan status sosial.
Language variation is conveyed through its regional or social dimension. In line with that proposition, this paper discusses the social variation of Malay language spoken in Kuching, Sarawak, ...Malaysia focussing on their accents. As part of the Malay language society, the Malays of Kuching have their own accent which is different from other Malay accents or the standard national accent. This paper analyzes the status of national standard accent and non-standard accent among the Malay informants in the city of Kuching. The discussion is based on a sociological urban dialectology research. For the analysis, five phonological variables are chosen. They are open-ended vowels (a), such askita ‘we’, close-ended (i), such bilik ‘room’, close-ended (u), such as masuk ‘enter’, initial (r) or (r)1, such as rumah ‘home’, and final (r) or (r)2, such as pasar ‘market’. Issues on accents are studied through four different degree of formality of speech styles, namely reading word list style (WLS), reading passage style (PS), conversational style(CS) and story-telling style (STS). Three social contextual variables - socio-economic status, sex, and age groups of the informants will be considered in the analysis. The use of national standard accent compared with the non-standard accent will be linked to issues of identity and integration.
This study analyses the political party of Barisan Nasional's victory in the 11th Malaysian general election 2004, looking at the way it manipulated and utilized language or discourse in order to ...retain and gain political power. Using a critical discourse analysis framework, this article holds that discourse is able to portray social practices, such as the striving for political power. This study also holds that political-power striving is a part of the organization's discourse management. The discourse chosen for this study is the Barisan Nasional's 2004 general election manifesto. The finding shows that the striving for political power by Barisan Nasional is manifested through textual features and discursive properties of discourse. The discursive properties are shown by certain processes in the production, distribution, consumption, force of utterances, and semiotic aspect of the discourse. The textual aspects of the discourse, on the other hand. are shown by certain features of grammar, vocabulary, and the generic structure tenet of the discourse.
Manifesto adalah pernyataan bertulis yang diwacanakan kepada publik mengenai kepercayaan, dasar, dan apa yang ingin dilakukan oleh parti politik, khususnya dalam pilihan raya sesebuah negara. Dengan ...demikian, manifesto dapat dilihat sebagai wadah ‘kesampaian’ parti politik dengan bakal pengundi di dalam pilihan raya. Oleh itu, bagi setiap pilihan raya – umum atau kecil – pembikinan manifesto merupakan sesuatu kelaziman dan diperkirakan penting oleh parti politik yang bertanding. Makalah ini membincangkan manifesto parti Barisan Nasional dan Pakatan Pakyat di dalam PRU 13. Perbincangan menjurus perspektif linguistik, khususnya dalam kerangka pemikiran ‘bahasa sebagai wadah kehidupan sosial’, dengan meneliti bagaimana linguistik dimanfaatkan dan bermanfaat di dalam penghasilan manifesto bagi mencapai hasrat politik. Analisis dilakukan secara deskriptif, interpretatif, dan kritis terhadap aspek linear dan non-linear teks berdasarkan ilmu analisis wacana. Analisis deskriptif menghuraikan sifat tekstual secara mikro, seperti nahu, leksikal, dan modaliti. Analisis interpretatif pula merekonstruksi pembinaan manifesto secara makro, seperti superstruktur, interdiskursiviti, dan aspek non-linear. Analisis kritis merumuskan secara perbandingan serentak sifat mikro dan makro kedua-dua manifesto dengan memperkirakan kaitannya dengan pencapaian parti-parti politik berkenaan di dalam PRU 13 Malaysia 2013.
Perbilangan ialah lakuan bahasa yang merepresentasikan sesuatu mesej, adat, aturan dan nilai bagi pedoman masyarakat, yang dihasilkan dalam bahasa yang indah, halus, berkias serta dalam struktur ...rangkap. Makalah ini membicarakan perbilangan dari dimensi ciri tekstualnya. Melalui pendekatan analisis dalaman teks yang meliputi organisasi seluruh teks, kombinasi klausa, perihal pilihan klausa dan sifat perbilangan, serta berbantukan nahu fungsional dan berasaskan sehimpunan perbilangan yang bertemakan sistem nilai, kekeluargaan, politik, ekonomi, hukum adat dan perlapisan, beberapa ciri tekstual perbilangan telah dikenal pasti. Sebahagian besar ciri yang ditemui ini belum pernah dibincangkan. Dapatan ini menunjukkan bahawa perbilangan ialah sejenis bentuk lakuan bahasa yang unik. Keunikan perbilangan adalah pada ciri tekstualnya yang pelbagai; tidak sangat pada nilai atau mesej yang dikandungnya. Nilai atau mesej boleh sahaja disampaikan dengan ayat atau ungkapan biasa yang terus terang. Ciri tekstualnya itulah yang membezakannya daripada jenis lakuan bahasa ataupun puisi Melayu yang lain. Ciri tekstual itulah juga yang menyebabkan mesej atau nilai yang dikandungnya dapat disampaikan dengan lebih berkesan, santun, tak langsung dan melambangkan budaya tinggi.
Interdiscursivity In Leadership Discourse Idris Aman; Jaafar, Mohammad Fadzeli
Journal of language teaching, linguistics, and literature,
01/2006, Letnik:
12
Journal Article
Recenzirano
Odprti dostop
Language is salient and important in the leadership process. Language in terms of 'discourse' has always been manipulated to achieve the mal aims of a leader. A major part of the discourse that is ...related to the importance of language is its production, or discursive practice. This paper discusses how leadership discourse (or language use) is constructed, produced, and used in order to reach people for the sake of gaining continuous support. One form of discursive practice analyzed here is interdiscursivity or discourse type. This paper describes and interprets the 1982-1999 New Year messages of the fourth Malaysian's Prime Minister, Mahathir Mohamad. The discourse can be considered as institutional discourse. It is found that the leadership discourse is constructed and produced with the utilization of at least four discourse types, namely report, explanation, argumentation and expression. The four-discourse types are expository, informative, argumentative, and expressive in nature. In other words, the interdiscursivity of the four-discourse types is to inform, explain, argue or defend, and expresses the idea of leadership of the addresser respectively. The end objective of such leadership discourse is to ensure that the addressee knows, understands, believes, and comes together in the leadership process of the addresser.
This paper proposes a notion that in order to analyse and describe a language reasonably and scientifically is through a framework that recognises language as a human communication system and ...utilises discourse as data, and not as an abstract competence system, structural-oriented, or based on a personal-idiolectal created and context-independent sentences framework. One of the frameworks that recognise language as a human communication system is Halliday's functional grammar. According to this notion, language is a medium for people in modelling and representing their world of experience that is manifested by the element of’process' in a clause. This paper will show how a scientific grammatical analysis method is done that is based on functional grammar framework and utilises a real data of creative text with a special reference to the Malay language of Malaysia. The focus will be on the element of processes because it is the core element in the notion of language as the human communication system.