ABSTRACT IN MALAY: Dalam wacana iklan kecantikan wanita, unsur semiotik merupakan elemen yang paling penting dan berperanan besar dalam menyampaikan konsep dan mesej mengenai sesuatu produk yang ...ingin diiklankan. Imej visual dikatakan lebih efektif dan lebih memberi makna daripada seribu perkataan dan memainkan peranan yang amat penting bagi menarik perhatian pengguna dan dalam masa yang sama sebagai alat yang membentuk hubungan dialektikal antara pewacana dan khalayak. Dalam masyarakat Jepun yang homogen, monolitik dan monoetnik, penelitian menunjukkan bahawa terdapat intervensi pengaplikasian imej wanita kaukasia Oksidental dalam penghasilan wacana iklan produk kecantikan di Jepun. Makalah ini membincangkan mekanisme unsur semiotik yang berkiblatkan ideologi kecantikan dari Barat yang dimanfaatkan dalam 23 teks iklan produk kecantikan wanita dalam bahasa Jepun. Analisis adalah berdasarkan pendekatan analisis wacana, kaedah Fairclough (2001). Penginterpretasian menunjukkan bahawa pewacana telah memanfaatkan semaksimum mungkin nilai, imej serta stereotaip etnobudaya yang positif dan berprestij tinggi yang dibawa oleh negara-negara Barat. Keghairahan wanita Jepun dalam meniru gaya wanita kaukasia Oksidental yang dianggap sebagai 'simbol budaya dunia' dan 'kecantikan universal' dari segi berpakaian, cara solekan, dandanan rambut, bentuk fizikal raut wajah dan tubuh badan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pewacana dalam mencetus, membina dan menanam ideologi kecantikan oksidental bagi mempengaruhi, menarik perhatian dan minat wanita Jepun terhadap sesuatu produk kecantikan. // ABSTRACT IN ENGLISH: In the discourse of women's beauty product advertisements, the elements of semiotics are the most important and play a huge role in communicating the concept and message about a product that is to be advertised. Visual image is said to be more effective and more meaningful than a thousand words, simultaneously plays a very important role in attracting the consumers' attention and as a tool to form a dialectical relationship between the discourser and the public. In the homogenous, monolithic and monoethnic Japanese society, research shows that there are interventions of Occidental Caucasian womens image application in the creation of discourse of beauty product advertisements in Japan. This article discusses the mechanism of semiotic elements that is oriented towards Western ideology of beauty which is exploited in 23 texts of women's beauty product advertisements in Japanese language. Analysis is based on Fairclough's framework of discourse analysis. Interpretation shows that the discourser has utilised as maximal as possible, the values, image as well as the positive and prestigious etnocultural stereotypes brought by the Western countries. The enthusiasm of Japanese women in imitating the style of Occidental Caucasian women which is considered as the 'symbol of world culture' and universal beauty in terms of dressing, make up, hair styling, facial and bodily physical features is utilised as best as possible by the discourser in creating, developing and instilling the ideology of occidental beauty in order to influence, and to attract the attention and interest of Japanese women towards a beauty product. web URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/10725
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap terhadap bahasa Jepun sebagai bahasa asing dalam kalangan mahasiswa Malaysia khususnya yang mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti ...Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini mengukur tujuh jenis tahap sikap serta menerangkan perhubungannya berasaskan model sosiopendidikan yang dikemukakan oleh Gardner (2001). Metodologi kajian yang diguna pakai adalah berbentuk kuantitatif. Data kajian diperolehi melalui kaedah soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya responden menunjukkan sikap positif terhadap bahasa Jepun disebabkan jarak sosial yang rapat serta stereotaip etnobudaya yang positif terhadap negara dan masyarakat Jepun. Sikap yang positif terhadap masyarakat antarabangsa serta persepsi yang positif terhadap golongan sasaran membentuk orientasi integratif yang lebih positif berbanding orientasi instrumental. Kedua-dua orientasi integratif dan instrumental mempengaruhi sikap terhadap pembelajaran bahasa Jepun. Apabila perbandingan dijalankan, terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dan bangsa, tetapi tiada berdasarkan aliran pengajian. Pelajar perempuan mempunyai orientasi integratif yang lebih positif berbanding pelajar lelaki kerana pelajar perempuan lebih menunjukkan minat terhadap komunikasi dengan orang Jepun serta budaya tradisional Jepun. Dari sudut bangsa, pelajar Cina bersikap lebih positif terhadap ciri bahasa Jepun disebabkan banyak ciri persamaan antara bahasa Jepun dengan bahasa ibunda mereka. Manakala, pelajar Melayu menunjukkan kedua-dua orientasi integratif dan instrumental yang lebih positif. Ini kerana pelajar Melayu lebih cenderung untuk meneroka dunia yang baru serta mempercayai manfaat menguasai bahasa Jepun. Sebagai kesimpulannya, mahasiswa Malaysia khususnya di UKM bersikap positif terhadap bahasa Jepun, dan seterusnya menunjukkan motivasi untuk mempelajari bahasa Jepun.
Di dalam strategi periklanan produk kecantikan di Jepun, terdapat kecenderungan yang menunjukkan bahawa pengiklan telah melakukan inovasi iaitu wacana iklan tidak terikat dengan satu genre bagi ...menggambarkan produk kosmetik sebagai produk untuk kecantikan tetapi telah digembleng dengan pelbagai genre lain yang bersifat saintifik dan farmaseutikal. Makalah ini membincangkan mekanisme interdiskursiviti yang meneliti kedua-dua paradigma tersebut dalam mengenal pasti genre dan wacana-wacana yang dimanfaatkan oleh sejumlah 24 teks dan secara sintagmatik dalam menganalisis bagaimana pertalian antara genre dan wacana-wacana tersebut. Interpretasi menunjukkan bahawa wacana iklan yang dikaji dihasilkan dengan menggabungkan bersamanya dua genre wacana lain, iaitu deskripsi ramuan dan deskripsi fungsi. Deskripsi ramuan digembleng dalam wacana produk dermatologi dan penyelesaian saintifik. Manakala wacana genre deskripsi fungsi dan wacana matematik digembleng dalam wacana produk maskara dan bulu mata palsu. Strategi melalui deskripsi ramuan, membolehkan pengiklan memberitahu khalayak mengenai ‘apa ramuan’ yang istimewa serta ‘mengapa’ ramuan tersebut digunakan dan ‘bagaimana’ ramuan tersebut mampu mencantikkan kulit wajah mereka. Strategi penggunaan deskripsi ramuan, banyak menggunakan jargon saintifik serta bersifat farmaseutikal dan dilihat sebagai satu cara pengiklan ingin menonjolkan ‘kualiti’ dan memberi aura kredibiliti kepada produk kecantikan mereka. Strategi melalui deskripsi fungsi bermatlamat bagi memahamkan audiens mengenai fungsi produk dan cara merealisasikan hasil solekan yang diingini. Deskripsi fungsi produk juga muncul dalam bentuk wacana matematik iaitu imej visual dalam matematik membentuk kefahaman yang intuitif menerusi simbol medan bahasa.
In learning foreign languages, writing is an important tool because it seeks to acquire new information and skills. To produce an informative and coherence writing, it is essential that the student ...to know a relationship or interaction between clauses based on information contained in Theme and Rheme in the text. Much of the research on writing of Spanish as a foreign language focus on linguistic, learning and teaching and experimental research. However, the focus of linguistic studies of thematic progression in writing Spanish as a foreign language is still not adequate. So, this paper explores how these students utilized the thematic pattern for the realization of the idea of writing an expository essay. The study used 20 text of expository essays produced by 20 students from advanced level Spanish in Language Centre, University Utara Malaysia. The flow of information in each paragraph analyzed using thematic progression model by McCabe (1999) and Fries (1983) in which assumed that expository essay correlated with the Linear Theme. The results of the study show that students prefer and significant to practice Blended Theme at 76% compared to the Linear and Constant Theme (8%), Unmotivated Theme (6%) and Rheme Iteration (3%). Split Theme and Split Rheme are not practiced by them. Identification and clarification of exploiting the thematic flow of students has the potential to unlock the strengths and shortcomings in the writing produced by students who study a foreign language. Therefore, measures or techniques can be implemented by teachers to ensure the quality of students' essay writing is coherence and informative.
Dalam pembelajaran bahasa asing, menulis merupakan salah satu alat yang penting kerana berti,juan memperoleh maklumat dan kemahiran yang baham. Maka, seorang pekjar perlu mengetahui interaksi antara ...klausa berdasarkan irformasiyang terkandung dalam Tema dan Rema di dalam teks. Didapati kcjian penulisan karangan sebagai bahasa asing tertumpu ke pada kajian linguistik, pembekjaran dan pengejaran dan eksperimental benar. Namun, kejian tematik dimensi linguistik hanya membicarakan aliran tematik di sekitar teks tanpa mengambil kira pembolehubah lain seperti bidang pengejian. Bahkan, kejian tematik yang mer,jurus ke pada penulisan karangan bahasa asing selain bahasa Inggeris amat terhad. Maka, kejian ini berobjektif mengenal pasti, menghurai dan merjelaskan penguasaan aliran tematik dalam teks yang dihasilkan oleh pelejar tahap lanjutan bahasa Sepanyol dari angkubah bidangpengejian. Sebanyak 30 teks narat fi dan 30 teks ekspositoriyangmelibatkan 207 unitperenggan dianalisis. Pergerakan aliran idea dalam setiap perenggan dianalisis berpandukan kerangka aliran tematik, Rema Regresi, Rema Ulangan, Tema Rencam, Box Development dan Pair to Single Development. Hasil kejian memaparkan, kesemua bidang pengejian memat,faatkan aliran Tema Rencam tanpa menyedari genrepenulisan, pekjar Sains Sostai lebih kreatfmempelbagaikan jenis aliran Tema dalam kedua-dua genre penulisan, pekjar Sains dan Teknologi tidak memar,faatkan aliran Tema Kekal dalam teks narat fi dan garapan idea teks ekspositori pekjar Sains Kemanusiaan cenderung kepada norma penulisan teks naratf. ini menggambarkan pembolehubah bidangpengejian tidakberper anan dan tidak mempengaruhi pembinaan aliran tematik mereka. Walaupun berada di tahap lanjutan namun, masih belum menguasai aspek aliran tematik dengan sebaik-baiknya. Disyorkan, pendekatan pengejaran dan pembekjaran menggunakan Tema/Rema dalam kelas bahasa asing diintegrasikan ke dalam penulisan.
Dalam pembelajaran bahasa asing, menulis merupakan salah satu alat yang penting kerana bertujuan memperoleh maklumat dan kemahiran yang baharu. Maka, seorang pelajar perlu mengetahui interaksi antara ...klausa berdasarkan informasi yang terkandung dalam Tema dan Rema di dalam teks. Didapati kajian penulisan karangan sebagai bahasa asing tertumpu kepada kajian linguistik, pembelajaran dan pengajaran dan eksperimental benar. Namun, kajian tematik dimensi linguistik hanya membicarakan aliran tematik di sekitar teks tanpa mengambil kira pembolehubah lain seperti bidang pengajian. Bahkan, kajian tematik yang menjurus kepada penulisan karangan bahasa asing selain bahasa Inggeris amat terhad. Maka, kajian ini berobjektif mengenal pasti, menghurai dan menjelaskan penguasaan aliran tematik dalam teks yang dihasilkan oleh pelajar tahap lanjutan bahasa Sepanyol dari angkubah bidang pengajian. Sebanyak 30 teks naratif dan 30 teks ekspositori yang melibatkan 207 unit perenggan dianalisis. Pergerakan aliran idea dalam setiap perenggan dianalisis berpandukan kerangka aliran tematik, Rema Regresi, Rema Ulangan, Tema Rencam, Box Development dan Pair to Single Development. Hasil kajian memaparkan, kesemua bidang pengajian memanfaatkan aliran Tema Rencam tanpa menyedari genre penulisan, pelajar Sains Sosial lebih kreatif mempelbagaikan jenis aliran Tema dalam kedua-dua genre penulisan, pelajar Sains dan Teknologi tidak memanfaatkan aliran Tema Kekal dalam teks naratif dan garapan idea teks ekspositori pelajar Sains Kemanusiaan cenderung kepada norma penulisan teks naratif. Ini menggambarkan pembolehubah bidang pengajian tidak berperanan dan tidak mempengaruhi pembinaan aliran tematik mereka. Walaupun berada di tahap lanjutan namun, masih belum menguasai aspek aliran tematik dengan sebaik-baiknya. Disyorkan, pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Tema/Rema dalam kelas bahasa asing diintegrasikan ke dalam penulisan.
Makalah ini mengenal, merumus dan menjelaskan ideologi yang tersirat dalam wacana iklan berbahasa Jepun berasaskan gabungan ciri teks, semiotik dan sifat kewacanaan dalam 24 wacana iklan produk ...kecantikan wanita berbahasa Jepun. Analisis menunjukkan bahawa, walaupun wacana kajian merupakan iklan produk kecantikan buatan Jepun, ditulis dalam bahasa Jepun bagi pasaran domestik Jepun sendiri, namun praktis oksidentalisasi kecantikan begitu terserlah melalui ciri tekstual dan amalan wacana dalam teks iklan yang dikaji. Ideologi kecantikan oksidental merupakan nilai kecantikan yang berkiblatkan konsep dan ciri-ciri kecantikan wanita Oksidental, khususnya Euro-Amerika yang merupakan ‘simbol budaya dunia’ dan ‘kecantikan universal’. Ideologi ini juga berkait rapat dengan ‘stereotaip etnobudaya’ positif dan berprestij, khususnya merujuk kepada bahasa, budaya dan identiti etnik Oksidental. Dengan erti kata lain, walaupun negara Jepun merupakan antara negara paling maju dan kuasa besar ekonomi dunia pada hari ini, di mana produk Jepun diiktiraf sebagai produk yang berkualiti serta boleh menembusi pasaran di seluruh dunia, namun pada hakikatnya masih bergantung, berkiblatkan dan memerlukan intervensi ideologi dari negara Oksidental bagi berkomunikasi dengan masyarakatnya sendiri yang terkenal dengan keunikan dan kehomogenan sifatnya.
Aliran tematik adalah berkenaan cara idea dilanjutkan ayat demi ayat dalam teks. Dengan itu, aliran tematik merupakan unsur penting dalam penghasilan sesebuah penulisan. Kajian penulisan tertumpu ...kepada kajian linguistik, pembelajaran dan pengajaran dan eksperimental benar. Namun, kajian linguistik yang memfokuskan aliran tematik hanya mengkaji pembinaan aliran tematik yang terkandung dalam teks tanpa melibatkan pembolehubah kategori pelajar, manakala kajian penghasilan teks sebagai bahasa asing selain bahasa Inggeris amat terhad dan tidak membincangkan hubungan antara pencapaian bahasa dengan pemanfaatan jenis aliran tematik. Maka, makalah ini membahaskan penguasaan ciri aliran tematik penulisan naratif yang dihasilkan oleh pelajar tahap lanjutan bahasa Sepanyol bukan natif berdasarkan pembolehubah kategori pelajar dan mengenal pasti hubungannya dengan pencapaian bahasa. Kajian ini menganalisis 30 teks naratif yang melibatkan 106 buah perenggan. Pergerakan aliran tematik dalam setiap perenggan dianalisis berpandukan skema aliran tematik, Rema Regresi, Rema Ulangan, Tema Rencam, Box Development dan Pair to Single Development. Hasil kajian memaparkan, ketiga-tiga kategori pelajar mewacanakan penulisan secara dominan menerusi aliran Tema Rencam tanpa peka kepada genre penulisan. Pembolehubah kategori pelajar secara hakikatnya tidak memainkan peranan dan tidak mempengaruhi pembinaan aliran tematik mereka. Tiada hubungan yang signifikan antara aliran tematik dengan pencapaian bahasa diperolehi. Hasil penemuan ini membuktikan aliran tematik berupaya dijadikan sebagai satu teknik yang efektif kepada guru dan pelajar untuk membentuk dan membina sebuah penulisan yang berkesinambungan.
The Japanese language is among the international languages which are highly demanded in the education system in Malaysia, all the more so since the Look East Policy Program was launched in July 1981 ...by the 4th Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Japanese language course has been offered at the National University of Malaysia (UKM) as early as 1975. The course uses the textbook Minna no Nihongo and Introduction to the Hiragana and Katakana Japanese Writing. However, the exclusive dependence on both textbooks has created a passive and teacher-centred learning environment. In line with the present development of information and communication technology, it is felt that an innovation in terms of Japanese language pedagogy should be carried out to balance the needs of the Internet (I is always capitalised) generation. The Net and digital generation is a social generation that actively communicates, cooperates, and connects using technology in the virtual realm. One of the technologies that can be utilised is by using Web 2.0 applications. Therefore, an eclectic method of intervention is needed by integrating and practising Web 2.0 elements to realise an educational environment and system that is even more conducive, modern and futuristic. This study focused on students taking the Japanese language course SKVA2723 at the School of Language Studies and Linguistics in UKM from February to December 2012 for 2 semesters. A total of one teacher and 55 students were involved in this study. The applications of Web 2.0 such as JING, Screencast.com, YouTube, OnlineNihongo website, and Wordpress were utilised in the teaching and learning of Japanese language. The period of learning for the Japanese language subject was four hours for fourteen weeks per semester. Through questionnaires, observations and tests conducted, the findings showed that the group of students who were exposed to the 2.0 applications showed more motivation, enthusiasm, excitement and higher scores compared to the group that was not exposed to the applications. The implication from this study is that the use of Jing can be applied to more complex kanji orthography, particularly those that require more than 10 strokes. It is hoped that applications such as Screencast.com, YouTube and Wordpress can inspire new ideas, encourage student-centred learning and can be shared with Japanese language and foreign language courses from other universities and other institutions.