E-viri
Recenzirano
Odprti dostop
-
Muhammad Arif, Nor Hafuza; Hassan, Hasmidar; Osman, Maizura
Jurnal Bahasa, 6/2024, Letnik: 24, Številka: 1Journal Article
Perkembangan kajian yang berkaitan dengan metafora memperlihatkan penerokaan pelbagai aspek, termasuklah kajian tentang prosedur penginterpretasian metafora. Kajian sebegini menumpukan kaedah yang dapat digunakan oleh pengkaji untuk mencungkil maksud tersirat. Hasilnya, muncul pelbagai prosedur penginterpretasian metafora yang digagaskan oleh sarjana dengan ciri dan kaedah yang tersendiri. Oleh itu, objektif makalah ini adalah untuk menghuraikan dan memperincikan kerangka Model Hibrid Baharu oleh Stöver (2010) dengan menumpukan pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai sebagai satu mekanisme penginterpretasian metafora yang bercirikan inklusif dan bermodular. Sungguhpun terdapat kajian lepas yang mengaplikasikan Model Hibrid Baharu yang melibatkan ketiga-tiga proses dalam Model Proses Tiga Serangkai, proses penginterpretasian makna metafora itu dilihat tidak menepati gagasan idea yang dikemukakan oleh Stöver (2010). Menyedari kepentingan mempolemikkan isu ini, makalah ini mengambil tanggungjawab untuk membincangkan prosedur penginterpretasian metafora berdasarkan Model Hibrid Baharu dengan memfokuskan pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai yang melibatkan peringkat demi peringkat. Oleh itu, ungkapan metafora “api” yang dijana daripada Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dimanfaatkan sebagai bahan kajian. Ternyata, perbincangan tentang Model Hibrid Baharu adalah signifikan bagi memastikan kesahan maklumat daripada sumber primer dapat dipelihara dan menyebarluaskan ilmu yang berkaitan dengan bidang linguistik kognitif dan pragmatik. Makalah ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pengkaji akan datang untuk menginterpretasikan maksud metafora kerana pelbagai input yang memanifestasikan keunggulan pemikiran Melayu dapat diserlahkan secara empiris.
![loading ... loading ...](themes/default/img/ajax-loading.gif)
Vnos na polico
Trajna povezava
- URL:
Faktor vpliva
Dostop do baze podatkov JCR je dovoljen samo uporabnikom iz Slovenije. Vaš trenutni IP-naslov ni na seznamu dovoljenih za dostop, zato je potrebna avtentikacija z ustreznim računom AAI.
Leto | Faktor vpliva | Izdaja | Kategorija | Razvrstitev | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
JCR | SNIP | JCR | SNIP | JCR | SNIP | JCR | SNIP |
Baze podatkov, v katerih je revija indeksirana
Ime baze podatkov | Področje | Leto |
---|
Povezave do osebnih bibliografij avtorjev | Povezave do podatkov o raziskovalcih v sistemu SICRIS |
---|
Vir: Osebne bibliografije
in: SICRIS
To gradivo vam je dostopno v celotnem besedilu. Če kljub temu želite naročiti gradivo, kliknite gumb Nadaljuj.